PASUKAN KOR KADET POLIS SMK. KOTA MARUDU, SABAH

semua kadet dipersilakan berkongsi maklumat.. moga kadet terus maju :)

Monday, July 6, 2009

zon utara (5)







Posted by inspKP at 4:42 PM 1 comment:

zon utara (4)
















Posted by inspKP at 4:32 PM 1 comment:

Sunday, July 5, 2009

zon utara (3)











Posted by inspKP at 10:48 PM No comments:

Zon Utara (2)
















Posted by inspKP at 10:43 PM 1 comment:

Zon Utara ??
















Posted by inspKP at 10:35 PM No comments:

kawalan kokum(2)







Posted by inspKP at 10:24 PM 1 comment:

kawalan kokum (1)
















Posted by inspKP at 8:58 PM No comments:
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Sejarah Penubuhan Kor Kadet Polis Di Malaysia



Idea penubuhan kadet polis ini telah dicetuskan oleh Ketua Polis Negara yang kedua, Allahyarham Tun Mohamed Salleh bin Ismail ketika merasmikan Pelancaran Pasukan Kadet Polis pada 2 Mac 1970. Allahyarham dalam ucapannya yang berbunyi:


"The overall objective is to make the cadet a responsible citizen of the future. He must yield a strong and healthy influence among his colleagues, friends and family so that in the years ahead, there will he a new breed, of enlightened good citizens contributing to nation building."


Bermaksud: Objektif keseluruhan adalah untuk menjadikan kadet polis ini seorang warganegara yang bertanggungjawab dimasa hadapan. Hasil yang wajib satu pengaruh yang kukuh dan sihat di kalangan rakan-rakan sekerjanya, kawan-kawan dan keluarga supaya pada tahun-tahun yang mendatang, akan adanya satu baka barunya, warganegara yang baik menyedarkan menyumbang untuk pembangunan bangsa.


Ahli-ahli Kadet dan Pegawai Rendah Kadet akan dipilih dari murid-murid sekolah menengah yang telah dipilih untuk ditubuhkan PKP. Pegawai-pegawai Kanan Kadet pula adalah guru-guru sekolah tersebut dan Pegawai-pegawai Pelajaran Negeri. Peraturan ini adalah bagi kemudahan pentadbiran.


Organisasi


Rangka Pertubuhan Pasukan Kadet Polis adalah disusun sama seperti susunan Polis biasa. Pasukan Kadet Polis dibahagikan kepada Kompeni dan Platun. Setiap pelatun itu mengandungi anggota-anggota yang datang dari sebuah sekolah sahaja -- yang anggotanya semua lelaki atau semua perempuan. Satu Kompeni adalah mengandungi 4 Pelatun dan diketuai oleh seorang Komander Kompeni berpangkat Assistan Superintendant Polis. Jawatan ini dipegang oleh seorang Pegawai Pendidikan atau Guru Kanan Sekolah. Komander Kompeni adalah dibantu oleh seorang Ajutan berpangkat Inspektor, seorang Sub-Inspektor dan dua Sarjan Mejar.


Ibu Pejabat Kompeni Kadet ini terletak di Ibu Pejabat Polis Daerah di mana Pasukan ini berada. Satu pelatun adalah terdiri daripada 35 ahli termasuk seorang pegawai kanan kadet, seorang sarjan dan tiga orang koperal. Pegawai Kanan Kadet berpangkat Inspektor adalah guru sekolah dan yang lain penuntut sekolah.


Followers

Lambang



Lambang PDRM yang digunapakai sekarang mempunyai signifikan dan pengertian tersendiri.


Bulan bintang melambangkan Islam sebagai Agama Rasmi Negara.


Kalimah Allah melambangkan unsur keimanan sebagai wadah kedaulatan Agama Islam.


Mahkota mencerminkan bahawa Pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu penghormatan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di atas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada Pasukan.


Keris melambangkan Semenanjung Malaysia.


Parang Elang atau Kelewang melambangkan negeri Sabah dan Sarawak.


Harimau melambangkan keberanian dan ketangkasan dalam menghadapi cabaran musuh.


Bunga padi melambangkan makanan asasi serta kemakmuran negara.


Motto "POLIS DIRAJA MALAYSIA" menunjukkan ketinggian semangat serta keazaman anggota Pasukan.

About Me

My photo
inspKP
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2012 (4)
    • ►  March (4)
  • ►  2011 (48)
    • ►  July (16)
    • ►  June (13)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (5)
  • ▼  2009 (20)
    • ▼  July (7)
      • zon utara (5)
      • zon utara (4)
      • zon utara (3)
      • Zon Utara (2)
      • Zon Utara ??
      • kawalan kokum(2)
      • kawalan kokum (1)
    • ►  April (10)
    • ►  March (3)





Tujuan penubuhan Kor Kadet Polis



Peranan Belia Di Dalam "Nation Building"


Generasi muda diperhitungkan sebagai harapan bangsa dan negara. Merekalah yang akan membentuk tulang belakang dalam pembangunan negara dalam semua aspek baik ekonomi, politik, mahupun perbaharuan. Dasar Belia Negara bertujuan melahirkan masyarakat belia yang berdisiplin, berpelajaran dan bertanggungjawab. Sebagai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah


Membangunkan murid-murid sekolah dari segi sosial, emosi, moral, mental dan fizikal;


Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan serta kebijaksanaan murid-murid sekolah; dan


Memperkayakan masa lapang pelajar sekolah



TUJUAN PENUBUHAN KOR KADET POLIS @ Bertujuan melahirkan insan yang bertanggungjawwab, berdisiplin, dan berpelajaran. @membentuk tulang belakang dalam pembangunan negara semua aspek baik ekonomi, politik dan perbaharuan. @ menjadikan insan yang bertanggungjawab,berpelajaran, dan berdisiplin.



Latihan/Keahlian


Keahlian pertubuhan ini hanya dikhaskan kepada murid-murid sekolah menengah, yang berumur antara 14 tahun hingga 21 tahun. Hanya mereka yang berbadan sihat dan cergas sahaja akan dipilih untuk menjadi ahli pertubuhan ini. Mereka yang terpilih akan dibekalkan dengan pakaian seragam yang dikhaskan untuk PKP mengikut ukuran mereka. Selain daripada itu mereka juga diberi latihan yang intensif selama tiga tahun. Antara latihan yang diberi kepada anggota kadet polis ini adalah:-


Kawad -- semua jenis latihan termasuk pengendalian senjata dan kawad kaki.


Kuliah -- undang-undang, tugas dan tanggungjawab Polis


Pertolongan Cemas


Syarahan-syarahan berkenaan ancaman anasir-anasir jahat kepada negara dan cara mengelakan diri dari dipengaruhinya


Khemah tahunan di mana ahli-ahli akan menjalankan latihan-latihan amali


Menjalankan gerakan jiwa murni dan projek kemasyarakatan.




Lagu Kadet Polis


Menyahut seruan negaraku


Negara yang tercinta


Kami bersatu bergerak maju


Berkhidmat kepada semua


Pasukan Kadet Polis Diraja


Membuktikan jasanya


Taat setia menurut arahan


Walau diri terkorban


Satu wawasan satu tujuan


Aman sentosa untuk semua


Tidak kenal putus asa


Sentiasa berusaha


Sejahtera bangsaku Malaysia


Serumpun bangsa mulia


Tegas menegakkan keadilan


Hingga zaman- berzaman


***


LAGU PASUKAN POLIS


Polis sedia berkhidmat Kerna negri dan rakyat Hidup berbahagia Aman sentosa Polis sedia berkhidmat


(Ulang rangkap 1)


Tanda lekat di lengan Polis dengan periman Tangan bersalaman Alamat persahabatan


(Ulang rangkap 1)


Polis sedia berkhidmat Kerna negri dan rakyat Hidup berbahagia Aman sentosa Polis sedia berkhidmat

Awesome Inc. theme. Theme images by centauria. Powered by Blogger.